English

Apakah tempoh kempen?

1 Mac 2024 sehingga 15 Mei 2024


Siapa yang boleh menyertai kempen?

Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan yang memenuhi syarat di bawah:

  1. Ahli program kesetiaan PETRONAS Mesra yang berdaftar dan aktif;
  2. Pelanggan yang memegang kewarganegaraan Malaysia; dan
  3. Pelanggan yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas

Bagaimana saya boleh menyertai kempen ini?

Terdapat beberapa cara untuk menyertai kempen seperti yang dijelaskan di bawah ini:

  • Perbelanjaan minimum sebanyak RM40 setiap transaksi di mana-mana stesen PETRONAS untuk produk berikut:
    • PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race;
    • PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive;
  • II. Perbelanjaan minimum sebanyak RM10 setiap transaksi di Kedai Mesra di mana-mana stesen PETRONAS (kecuali rokok, tambah nilai prabayar, Touch N’ Go dan ePay).
  • III. Perbelanjaan minimum sebanyak RM10 di Setel (sebarang transaksi di aplikasi Setel atau pembayaran melalui aplikasi Setel) untuk setiap transaksi pada ciri aplikasi Setel seperti yang disenaraikan di bawah ini kecuali pembelian minyak:
    • Café Mesra;
    • Pembayaran runcit & dalam talian, contohnya: Bayaran QR Setel di kaunter, Deliver2Me (kecuali rokok, tambah nilai prabayar, Touch N' Go, dan ePay), PETRONAS Shop;
    • Insurans Motor & Takaful;
    • Pembaharuan cukai jalan;
    • Pengecasan EV;
    • Bantuan automotif;
    • Parkir; dan
    • Pusat servis Petronas AutoExpert.
  • Masukkan nombor telefon bimbit pada Terminal Pembayaran Luar (OPT) di pam atau Sistem Paparan Cashier (CDS) di kaunter pembayaran Kedai Mesra setelah menyelesaikan transaksi atau menggunakan aplikasi Setel untuk layak mendapatkan penyertaan kempen.

Apakah hadiah bagi kempen ini?

Hadiah Utama

Wang Tunai RM15,000

Hadiah Bulanan

  • Wang Tunai RM5,000
  • 1-Tahun Minyak Percuma
  • Baucar Setel bernilai RM250
  • 10,000 Mata Ganjaran Mesra

Adakah saya perlu mendaftar selepas menggunakan ciri 'nombor telefon' baru PETRONAS untuk layak menyertai kempen ini?

YA, pelanggan dikehendaki mendaftarkan nombor telefon yang digunakan untuk layak menyertai kempen. Pelanggan boleh mendaftarkan nombor telefon mereka di www.setel.com.


Jika saya menggunakan Kad Mesra fizikal saya, adakah saya masih layak untuk mendapatkan penyertaan peraduan?

TIDAK, hanya pelanggan yang memasukkan nombor telefon* mereka selepas menyelesaikan transaksi atau menggunakan aplikasi Setel sahaja yang layak untuk mendapatkan penyertaan peraduan.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.mymesra.com.my.


Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan aplikasi Setel untuk layak mendapatkan penyertaan peraduan?

Mendapatkan penyertaan kempen melalui penggunaan aplikasi Setel akan merangkumi skenario berikut:

  • Perbelanjaan minimum sebanyak RM10 di Setel dalam satu transaksi tunggal meliputi ciri-ciri Setel (kecuali minyak dan QR DuitNow)
  • Perbelanjaan minimum sebanyak RM10 di Kedai Mesra atau RM40 untuk minyak dalam satu transaksi tunggal

*Pelanggan harus memastikan Kad Digital Mesra Rewards mereka diaktifkan dalam aplikasi Setel ATAU mereka boleh mengimbas kod bar unik Keahlian Mesra Rewards yang tersedia melalui aplikasi Setel semasa membuat pembayaran


Adakah saya masih layak untuk peraduan jika saya membeli Gas PETRONAS atau Pelincir di stesen PETRONAS?

YA, pelanggan masih layak untuk menyertai peraduan untuk pembelian Gas PETRONAS atau Pelincir di stesen PETRONAS sahaja.

Untuk layak, pelanggan dikehendaki memasukkan nombor telefon mereka selepas menyelesaikan transaksi ATAU membuat pembayaran menggunakan aplikasi Setel.


Adakah saya masih layak untuk menyertai kempen apabila saya membuat servis di pusat servis PETRONAS AutoExpert?

YA, pelanggan masih layak untuk menyertai apabila membuat servis di PETRONAS AutoExpert jika mereka membuat pembayaran menggunakan aplikasi Setel SAHAJA.


Berapakah tempoh perbelanjaan bagi saya untuk layak untuk hadiah utama?

Untuk kategori hadiah utama, ahli Mesra Rewards perlu berbelanja secara kumulatif RM700 dari 1 Mac 2024 sehingga 15 Mei 2024.

Adalah penting untuk diingati bahawa setiap pelanggan dikehendaki memasukkan nombor telefon mereka selepas menyelesaikan transaksi atau menggunakan aplikasi Setel untuk layak mendapatkan penyertaan kempen.


Berapakah tempoh perbelanjaan setiap bulan bagi saya untuk layak untuk hadiah bulanan?

Tempoh perbelanjaan berdasarkan hadiah seperti yang di bawah:

Tempoh Perbelanjaan-1 1 Mac 2024 - 31 Mac 2024
Tempoh Perbelanjaan-2 1 April 2024 - 15 Mei 2024

Bagaimana pemenang akan dipilih untuk hadiah utama dan bulanan?

Hadiah Utama - Pemenang dengan perbelanjaan secara kumulatif untuk minyak sebanyak RM700 sepanjang Tempoh Kempen akan dipilih oleh PDB melalui sistem pemilihan berkomputer, disaksikan oleh juruaudit dalaman yang dilantik.

Hadiah Bulanan - Pemenang akan dipilih oleh PDB melalui sistem pemilihan berkomputer, disaksikan oleh juruaudit dalaman yang dilantik.


Bagaimana saya akan dimaklumkan bahawa saya adalah pemenang untuk kempen ini?

Pemenang yang disenaraikan akan menerima panggilan daripada PETRONAS Mesralink untuk mengesahkan butiran mereka dan menjawab soalan mudah sebelum diisytiharkan sebagai pemenang.

Pemenang yang layak juga akan menerima emel rasmi daripada PETRONAS untuk memberitahu mereka tentang kemenangan dan bagaimana untuk menuntut hadiah daripada PETRONAS selepas pengumuman telah dibuat di saluran media sosial @PETRONASbrands dan laman web PDB: www.mymesra.com.my.


Adakah kakitangan PETRONAS atau rakan kongsi yang menyertai boleh mengambil bahagian dalam kempen ini?

TIDAK, semua syarikat Kumpulan PETRONAS, subsidiari, agensi/organisasi dan rakan kongsi yang terlibat dalam menganjurkan kempen ini tidak layak untuk menyertai kempen ini.


Adakah pelanggan Smartpay boleh mengambil bahagian dalam kempen ini?

TIDAK, seperti yang dinyatakan dalam terma dan syarat kempen ini.


Jika saya dipilih sebagai pemenang hadiah bulanan, adakah saya juga layak untuk menjadi pemenang hadiah utama?

TIDAK, setiap pemenang hanya berhak memenangi hanya satu (1) hadiah sepanjang tempoh kempen.


Dimana saya boleh membaca terma dan syarat kempen yang lengkap?

Anda boleh membaca terma dan syarat kempen yang lengkap di laman web www.mymesra.com.my.


Adakah saya boleh menggabungkan pembelian minyak saya dengan barangan Kedai Mesra PETRONAS dalam satu resit?

YA, anda boleh menggabungkan minyak dan pembelian Kedai Mesra PETRONAS dalam satu resit.

Walau bagaimanapun, hanya pembelian bahan api akan diambil kira untuk layak menjadi pemenang hadiah utama dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM700 sepanjang tempoh kempen.


Jika saya mempunyai lebih banyak soalan berkaitan kempen, di mana saya boleh mendapatkan jawapan?

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan jawapan kepada soalan anda:

  1. Laman web PETRONAS Mesra: www.mymesra.com.my
  2. Laman web Setel: www.setel.com
  3. Aplikasi Setel
  4. Pusat hubungan Mesralink: 1-300-22-8888