Langkah 1: Mohon subsidi diesel

Anda boleh memohon subsidi diesel di laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN). Sila semak kelayakan anda untuk program ini di halaman syarat kelayakan mereka.

*NOTA

Hanya peserta yang layak boleh memohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS). Semak kriteria kelayakan penuh di sini.


Langkah 2: Daftar untuk akaun PETRONAS SmartPay Tanpa Kad

Akaun PETRONAS SmartPay Tanpa Kad diperlukan untuk menikmati harga diesel bersubsidi di stesen PETRONAS.

Anda boleh mendaftar akaun di sini atau terus ke langkah 4 jika anda sudah mempunyai akaun.


Langkah 3: Aktifkan akaun PETRONAS SmartPay Tanpa Kad anda

Selepas mendaftar, anda perlu mengaktifkan akaun PETRONAS SmartPay Tanpa Kad anda. Dokumen berikut diperlukan untuk mengaktifkan akaun anda:

  1. KP semua pengarah
  2. SSM Seksyen 17/sijil SSM
  3. Profil perniagaan SSM
  4. Borang permohonan (muat turun di sini)
  5. Surat kelulusan SKDS (Jika sudah diperoleh)

Proses pengaktifan akan mengambil masa 3-5 hari bekerja. Anda akan menerima e-mel setelah akaun anda diaktifkan.


Langkah 4: Cari ID Akaun SmartPay anda

Log masuk ke Dashboard PETRONAS SmartPay Tanpa Tunai dan pilih Tetapan pada bar navigasi kiri. ID Akaun SmartPay anda akan berada di bahagian Umum.


Langkah 5: Hantar surat kelulusan SKDS

Hantar surat kelulusan SKDS, senarai kenderaan yang diluluskan, dan ID Akaun SmartPay anda.