Anda boleh melihat cukai jalan digital anda di aplikasi MyJPJ dalam masa 24 jam setelah mendapat kelulusan dari JPJ.

Namun, sekiranya terdapat sebarang masalah teknikal dari aplikasi MyJPJ, anda boleh pergi ke halaman pembayaran berjaya di aplikasi Setel dan tekan butang Lihat Resit untuk melihat resit.

Sebagai alternatif, anda juga boleh memeriksa rekod transaksi anda di aplikasi Setel. Anda boleh merujuk kepada panduan kami tentang cara memeriksa rekod pembayaran untuk memeriksa transaksi terkini anda.