Status tambah nilai mungkin terkandas pada pemprosesan pembayaran akibat isu atau kelewatan dengan gerbang pembayaran atau pelayan bank. Jika ia masih terkandas selepas beberapa minit (tindak balas mungkin lewat sehingga 30 minit atau lebih), cuba log keluar dan log masuk semula.

Jika transaksi anda belum diproses, anda boleh cuba menukar kepada cara pembayaran yang lain. Anda boleh menyemak bank anda untuk kepastian sama ada transaksi telah dibuat. Jika penolakan telah dibuat, tambah nilai anda akan tersedia di dalam Dompet Setel nanti.

Jika tambah nilai tiada di dalam Dompet Setel anda dalam tempoh 24 jam, sila hubungi khidmat pelanggan kami melalui live chat atau e-mel ke hello@setel.com untuk bantuan lanjut.