Fungsi peranti yang dipercayai adalah langkah keselamatan tambahan untuk akaun anda. Ia memastikan hanya peranti disahkan/dibenarkan oleh anda boleh melakukan transaksi seperti pembelian di PETRONAS Shop, pembaharuan insurans kereta, atau tindakan lain yang melibatkan maklumat sensitif anda.
Akan ada tempoh bertenang selama 6 jam apabila anda mula mengesahkan peranti dipercayai bagi mengurangkan risiko penipuan dan transaksi tanpa kebenaran. Sepanjang tempoh bertenang, anda tidak boleh melakukan transaksi dan tindakan tertentu. Namun, transaksi/tindakan berikut masih boleh dilakukan.
- Pengisian petrol
 - Pengecasan EV
 - Pembelian Kedai Mesra
 - Pembelian Café Mesra
 - Parkir
 
Untuk maklumat lanjut, lihat artikel kami mengenai mengaktifkan peranti dipercayai anda.