Apakah kelebihan tambah nilai Dompet Setel saya dengan ShopeePay?

Jika anda suka pengalaman Shopee dan guna ShopeePay untuk pembelian, ini adalah cara tambah nilai lain yang memudahkan anda untuk tambah nilai Dompet Setel 😊 


Bagaimana cara tambah nilai Dompet Setel dengan ShopeePay?

Lihat panduan kami tentang cara tambah nilai Dompet Setel anda.


Bolehkah saya kumpul mata Mesra jika guna ShopeePay untuk tambah nilai Dompet Setel?

Tidak. Anda hanya boleh kumpul mata Mesra apabila menggunakan Dompet Setel untuk isi petrol atau beli barangan, bukan semasa tambah nilai Dompet Setel dengan ShopeePay.


Adakah saya akan dapat Shopee Coins apabila tambah nilai Dompet Setel saya dengan ShopeePay?

Tidak. 


Bolehkah saya masih bayar dengan Dompet Setel jika baki ShopeePay saya rendah?

Boleh, selagi anda mempunyai baki mencukupi dalam Dompet Setel untuk membuat pembayaran.

Dompet Setel dan ShopeePay tidak dihubungkan secara automatik. Apabila menggunakan ShopeePay untuk tambah nilai Dompet Setel anda, pastikan baki dalam dompet ShopeePay mencukupi.


Berapakah jumlah minimum tambah nilai?

Jumlah minimum tambah nilai bagi setiap transaksi Dompet Setel anda dengan ShopeePay ialah RM10.


Mengapa saya tidak melihat ShopeePay sebagai cara tambah nilai dalam aplikasi Setel?

Kemas kini aplikasi Setel anda ke versi terkini untuk menggunakan ShopeePay. Tambah nilai ShopeePay hanya disokong pada versi 1.104 dan ke atas dalam aplikasi Setel.


Adakah saya perlu memasang aplikasi Shopee pada peranti saya untuk tambah nilai Dompet Setel dengan ShopeePay?

Ya. Jika anda cuba menggunakan ShopeePay sebagai cara tambah nilai dalam aplikasi Setel tanpa memasang aplikasi Shopee pada peranti anda, anda akan diarahkan ke Apple App Store atau Google Play Store.