Apakah kelebihan tambah nilai dengan GrabPay di Setel?
Nikmati ganjaran berganda daripada Setel dan Grab!
Dapatkan GrabRewards apabila anda tambah nilai Dompet Setel dengan GrabPay, dan sekali lagi apabila anda membayar menggunakan Dompet Setel untuk kumpul mata Mesra.
Bagaimana cara tambah nilai Dompet Setel dengan GrabPay?
Lihat panduan kami tentang cara tambah nilai Dompet Setel anda.
Berapakah jumlah minimum tambah nilai?
Jumlah minimum setiap transaksi untuk tambah nilai ialah RM10.
Bolehkah saya kumpul mata Mesra jika guna GrabPay untuk tambah nilai di Setel?
Mata Mesra hanya akan diperoleh apabila anda berbelanja dengan Setel.
Anda akan memperoleh GrabRewards jika tambah nilai menggunakan GrabPay.
Jika baki GrabPay saya rendah, bolehkah saya masih bayar dengan Setel?
Ya. Anda hanya perlu tambah nilai dompet GrabPay anda sebelum tambah nilai di aplikasi Setel untuk
dapatkan GrabRewards.
Bolehkah saya masih bayar dengan Dompet Setel jika baki GrabPay saya rendah?
Boleh, selagi anda mempunyai baki mencukupi dalam Dompet Setel untuk membuat pembayaran.
Dompet Setel dan GrabPay tidak saling berkaitan. Pastikan sahaja anda mempunyai baki mencukupi dalam GrabPay apabila menggunakannya untuk tambah nilai Dompet Setel anda.