Bagaimana cara untuk sertai promosi Rujuk Rakan Anda?

Promosi ini terbuka kepada semua pengguna Setel sedia ada. Untuk sertai, kongsi kod rujukan Setel unik anda dengan rakan dan keluarga, dan pastikan mereka membelanjakan jumlah RM30 di Setel.

Anda dan rakan yang berjaya dirujuk akan menerima pulangan tunai RM5 Setel setiap seorang.


Bagaimana cara untuk rujuk rakan?

Ikuti langkah di bawah untuk rujuk rakan atau keluarga:

  1. Pilih Profil di bahagian bawah kanan.
  2. Sentuh ikon Rujuk rakan anda di bawah nama anda.
  3. Sentuh Jemput kenalan atau ikon media sosial.
  4. Pilih individu yang ingin anda hantarkan jemputan tersebut.

Berapa lama untuk saya dapatkan ganjaran saya?

Ganjaran akan diberikan selepas 48 jam untuk tujuan pengesahan. Semasa proses pengesahan, transaksi ganjaran akan mempunyai status Dalam Proses .

Jika tiada status dipaparkan, sila kemas kini aplikasi anda ke versi terkini.


Bagaimana kod rujukan berfungsi?

Apabila rakan anda mendaftar dengan Setel menggunakan kod rujukan anda dan membelanjakan jumlah RM30, anda akan menerima RM5 sebagai ganjaran rujukan berjaya. 

Kiraan rujukan Ganjaran
Rujukan pertama  RM5
Rujukan kedua RM5
Rujukan ketiga  RM5

Adakah rakan saya perlu berbelanja pada ciri/barangan tertentu untuk layak?

Selagi rakan anda menggunakan kod rujukan unik anda untuk mendaftar dan membelanjakan sekurang-kurangnya RM30 melalui Setel pada mana-mana barangan di bawah, anda berdua akan menerima Pulangan Tunai RM5 Setel.

  • Petrol
  • Deliver2Me
  • Kedai Mesra

Berapa kali rakan saya boleh dapat ganjaran RM5?

Mereka hanya akan menerima ganjaran sekali sahaja.

Jangan risau, mereka boleh dapat lagi RM5 dengan merujuk rakan dan keluarga mereka yang belum mendaftar.


Berapa kali saya boleh dapat ganjaran RM5?

Anda akan menerima RM5 untuk setiap rujukan yang berjaya membelanjakan RM30.


Adakah terdapat tarikh luput untuk ganjaran rujukan?

Tiada tarikh luput, dan anda boleh menggunakannya bila-bila masa.


Berapa ramai rakan yang boleh saya rujuk?

Tiada had. Anda boleh rujuk seramai mana yang anda mahu.


Rakan saya sudah daftar akaun Setel tetapi belum buat transaksi. Bolehkah saya masih rujuk dia?

Sayangnya, tidak. Anda hanya boleh rujuk pengguna baru yang belum mendaftar ke aplikasi. Jika rakan anda telah mendaftar akaun Setel, proses rujukan tidak akan berjaya.


Rakan saya sudah daftar akaun Setel dengan kod rujukan saya. Adakah terdapat had masa untuk dia lengkapkan transaksi RM30 melalui aplikasi Setel?

Buat masa ini, tiada had masa tertentu. Kami akan maklumkan jika terdapat sebarang perubahan.


Saya rujuk 3 rakan, tetapi hanya 2 yang mendaftar akaun Setel dengan kod rujukan saya dan melakukan transaksi RM30. Berapakah ganjaran saya?

Anda hanya akan menerima ganjaran RM5 untuk setiap pengguna baru yang berjaya mendaftar akaun dan melakukan transaksi RM30.

Dalam kes ini, anda akan menerima RM10 Pulangan Tunai Setel, dan 2 rakan anda akan menerima RM5 Pulangan Tunai Setel setiap seorang.


Rakan saya tidak gunakan kod rujukan saya untuk daftar akaun Setel tetapi mereka melakukan isian petrol minimum RM30. Adakah saya dan rakan saya akan dapat ganjaran RM5 Pulangan Tunai Setel?

Sayangnya tidak. Rakan anda mesti daftar akaun Setel dengan kod rujukan unik anda dan membelanjakan sekurang-kurangnya RM30 melalui aplikasi Setel.