Setiap stesen PETRONAS ada menyediakan papan tanda dengan nama stesen tersebut. Papan tanda ini berwarna hijau, serupa dengan papan tanda pam tayar 'angin & air'.
Anda juga boleh melihat stesen PETRONAS mana yang anda sedang berada dengan aplikasi Setel selepas anda mengaktifkan penjejak lokasi/GPS anda.
Nama stesen akan terpapar apabila anda membuka aplikasi tersebut.