e-Invois adalah rekod digital bagi transaksi anda. Ia mengandungi semua maklumat yang diperlukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara berikut:

  1. Butiran pembekal dan pembeli
  2. Butiran barangan
  3. Kuantiti
  4. Harga tidak termasuk cukai
  5. Cukai
  6. Jumlah keseluruhan

 

Bilakah e-Invois mula berkuat kuasa?

Merujuk kepada garis panduan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat:

  • 1 Ogos 2024
    Pembayar cukai dengan perolehan tahunan atau hasil melebihi RM100 juta

  • 1 Januari 2025
    Pembayar cukai dengan perolehan tahunan atau hasil lebih daripada RM25 juta dan sehingga RM100 juta

  • 1 Julai 2025
    Semua pembayar cukai

 

Setel Ventures Sdn Bhd (SVSB) akan melaksanakan e-Invois pada 1 Januari 2025, manakala Setel Enterprise Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan e-Invois pada 1 Julai 2025 untuk transaksi yang dibuat di PETRONAS Shop.

 

Siapa yang perlu saya hubungi untuk mendapatkan e-Invois?

Anda perlu bertanya kepada peniaga/rakan kewangan yang menggunakan Setel untuk pembayaran, pembelian produk kewangan, atau perkhidmatan kerana mereka bertanggungjawab untuk mengumpul maklumat yang diperlukan bagi mengeluarkan e-Invois untuk barangan atau perkhidmatan yang anda beli.

Bagi item berkaitan Setel, anda boleh membuat permintaan melalui saluran berikut:

  1. Petrol, Kedai Mesra, Deliver2Me
    Anda boleh meminta invois daripada juruwang di tempat pembelian dibuat dalam bulan yang sama dengan tarikh resit

  2. Café Mesra
    Anda boleh meminta e-Invois daripada juruwang semasa mengambil pesanan.1>

  3. PETRONAS Shop
    e-Invois hanya akan tersedia mulai 1 Julai 2025.1>

  4. Insurans kenderaan
    1. Generali - 1-300-13-2121 atau +603-3007-2121 / customer.service.gi@generali.com.my

    2. Etiqa Takaful & Insurans Am - 1-300-13-8888 / info@etiqa.com.my

  5. Cukai jalan
    1. Kedai My Roadtax - (+603) 7491-0102 / general@myroadtax.store
  6. Pengecasan EV
    1. JomCharge - WhatsApp chat +60-11-1056-2675 / support@jomcharge.com

    2. Gentari - enquiries@gentari.com

  7. Bantuan auto
    1. Bateriku - +60-11-1600-6008

  8. Parkir
    1. Lihat senarai penuh peniaga parkir kami.

 

Apakah nombor pengenalan cukai (TIN)?

Nombor pengenalan cukai (TIN) ialah pengecam unik yang diberikan kepada anda atau syarikat anda untuk tujuan cukai. Anda boleh menyemak TIN anda di muka depan penyata cukai pendapatan individu anda atau melalui Portal MyTax di bawah menu “e-Daftar”.