Pastikan perkara berikut sebelum menebus baucar anda.

  1. Kod baucar dimasukkan dengan betul.
    Baucar kami peka kepada huruf besar dan kecil, jadi angka "0", huruf kecil "o" atau huruf besar "O" akan didaftarkan secara berbeza.
  2. Baucar belum pernah ditebus sebelum ini.
    Jika baucar anda tidak dibeli dari sumber rasmi, ia mungkin telah ditebus sebelum dijual.
  3. Baucar adalah baucar yang diluluskan oleh Setel.
    Ingat untuk memastikan baucar tersebut boleh digunakan untuk Setel sebelum membelinya. Anda biasanya boleh mendapatkan maklumat ini dalam terma dan syarat baucar.

Kami cadangkan membeli baucar Setel dari Kedai PETRONAS untuk nilai yang lebih tinggi bagi setiap baucar (sehingga RM 300 setiap baucar) atau untuk pemandu komersial, anda boleh pertimbangkan memohon SmartPay Tanpa Kad.

Jika anda masih tidak dapat menebus baucar tambah nilai anda, anda mungkin telah melebihi had penebusan tambah nilai harian anda.

Anda hanya boleh menebus sehingga 4 baucar tambah nilai setiap hari. Had ini akan diset semula setiap hari pada 8.00 PAGI (GMT+8). Had ini hanya dikenakan untuk baucar yang menambah baki dompet anda.

Jika anda belum mencapai had atau tidak boleh menebus baucar jenis lain, hubungi live chat kami di aplikasi/laman web Setel atau e-mel hello@setel.com untuk bantuan lanjut.